Feeds:
Posts
Comments

Bulan syawal telah berlalu.

kini bulan Zulkaedah menjelma. bulan haji .musim pergi haji.

Apa khabar orang kampung.

Berapa orang yang pergi haji tahun ni.berapa ramai yang sudah pergi haji pula?.  Kalau kita belum lagi terpilih untuk menjadi tetamu Allah lagi,jangan kita risau. cuma sekurang kurangnya kita dah ada perancangan untuk kesana. dah mendaftar ke sana. Dah mula kumpul duit ke sana. memang selalu juga kita dengar ada orang yang pernah dapat menunaikan haij dengan tajaan pihak tertentu. Persoalannya berapa orang kampung Paya Redan yang pernah dapat. kalau pun dah dapat,bukan diberinya setiap tahun untuk orang Paya Redan.

Menunaikan haji bererti kita meneympurnakan rukun islam kita. bayangkan kalau kita sudah mempunyai duit unutk buat rumah dan kita merancang buat rumah. tetapi tiba tiba kewangan mempunyai masalah dan kita tidak mampu menyempurnakan proses buat rumah itu. alangkah malang nasib kita. hendakkah kita duduk rumah yang tidak siap dan sempurna.Pastinya bahaya akan datang dari luar atau dari dalam rumah itu sendiri.

inikan pula kalau kita yang sudah mempunyai kewangan yang baik tetapi kita lebih rela melancong ke tempat yang lebih hebat bagi menyempurnakan kehendak hawa nafsu kita daripada kehendak dan tuntutan Allah SWT.

apa alasan kita?

1. Belum cukup wang.

Berapa banyak duit kita yang telah kita bazirkan untuk membeli pakaian, telefon bimbit yang canggih, kereta yang mahal, rokok yang berkotak kotak, motor yang besar, makan yang ada kelas tersendiri sedangkan kalau duit itu kita simpan sedikit sedikit dan kita buat pendaftaran daripada sekarang,tidakkah masalah duit ini akan selesai atau setidaknya mengurangkan bebanan kita.

2. Muda

Orang muda yang belum berkeinginan untuk mempersiapkan diri bagi menunaikan haji seperti budak yang belum mahu dikhitankan. orang muda yang tidak berazam untuk menunaikan haji kerana muda untuk berseronok dan menganggap hanya orang tua dan orang  yang hampir mati sahaja barulah menyempurnakan haji.

TIP.

1. Niat dan azam ke sana

2. Simpan duit dari sekarang dan daftar dimana yang patut. ada orang simpan 50 sen sehari untuk kesana.walau lama, tapi yang penting dan merancang.

3. Doa agar diberikan kekuatan dan iman serta islam yang sempurna. tak tunai haji bermakna belum sempurna islam kita.

4. Selalu baca tentang haji,kota mekah,madinah,sirah nabawiyah agar perasaan kita terus asyik dan terpaut untuk ke sana. persoalannya berapa kali kita dengar atau baca tentang perkara ini. kita lebih dihiburkan dengan tempat menarik di merata dunia kan?

Semoga persoalan ini dapat kita jawab sendiri. selamat beramal.

dikesibukan kita merayakan idulfitri, kita jangan lupa untuk terus meningkatkan amalan ibadah kita.

 

6 Azab di dunia

1- Dihilangkan keberkatan umurnya.
2- Tehapus tanda-tanda orang solleh di mukanya.
3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya
6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN

3 azab ketika hampir mati

1- Kematianya penuh kehinaan
2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.

3 Azab di dalam kubur

1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2- Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di-
atas bara api itu.
Datang seekor ular bernama Syujja’ Aqra, suaranya laksana
petir, ia berkata, ” Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan
menyeksa kamu dari zohor hingga asar kerana kamu meninggalkan
fardhu zohor, dari asar hingga magrib kerana meninggalkan fardhu
asar”….Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari
qiamat.

3 Azab ketika bertemu ALLAH SWT

1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu
lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya.
3- Baginya azab yang amat pedih.

Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat.

1- Hati cenderung kepada maksiat
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia.

Ringkasan tatacara mengerjakan solat Hari Raya.

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)    Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali
5)      Membaca surah al-Fatihah
6)      Membaca Surah al-Qur’an
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)      Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak empat kali
2)      Membaca surah al-Fatihah
3)      Membaca Surah al-Qur’an
4)      Rukuk
5)      Iktidal
6)      Sujud
7)      Duduk antara dua sujud
8)      Sujud kali kedua
9)      Duduk untuk tahiyyat akhir
10)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri

 

Antara haiwan yang banyak disebut di dalam al-Quran ialah burung.

Burung hud-hud berperanan sebagai peninjau yang membawa balik berita mengenai sebuah negeri, Sabak dalam sirah Nabi Sulaiman.

Burung gagak telah dikirim oleh Allah kepada seorang anak Adam untuk mengajar cara mengebumikan mayat saudaranya yang dibunuhnya.

Burung puyuh (salwa), yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya semasa dalam pelarian dan ia akan menjadi satu daripada hidangan yang diinginkan di syurga.

Gajah - Allah telah mengutus burung-burung untuk menghancurkan sebuah angkatan tentera bergajah.

Unta pula merupakan haiwan yang agak luar biasa. Bagaimana ia dicipta harus direnungkan.   Cara unta minum air apabila kehausan, menjadi misalan perbandingan kepada bunga api daripada api neraka dan kepada penghuni-penghuninya yang minum air mendidih.

Unta melintasi lubang jarum! Begitu mustahilnya bagi orang-orang yang mendusta dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat Allah untuk masuk ke syurga.

Keldai – Kisah ‘Uzair yang ditidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun dan dihidupkan semula oleh Allah bersama keldainya.

Kuda – ditunggangi dan dijadikan sebagai perhiasan dan menjadi salah satu yang diinginkan oleh hawa nafsu dalam kesenangan kehidupan dunia oleh manusia .

Sulaiman a.s. sangat menyayangi kuda. Kuda-kuda adalah aset penting dalam ketenteraan negara.

Lembu – disebut dalam kisah tiga Nabi, iaitu Ibrahim, Yusuf dan Musa. Nabi Ibrahim telah menghidangkan seekor anak lembu panggang yang gemuk apabila malaikat datang untuk berjumpa dengannya .

Nabi Yusuf telah menghuraikan mimpi raja yang mengandungi lembu.

Biri-biri – Nabi Daud telah diminta untuk mengadili dua orang yang bersaudara yang berselisih mengenai biri-biri betina.

Babi – Sifat babi tidak disenangi, kerana orang-orang yang Allah melaknatkan umpama mereka beruk dan babi.

Anjing – haiwan yang tidak disenangi oleh sesetengah pihak, tetapi tidak diharamkan Allah.  Seekor anjing bernama Qitmir di sebut di dalam al-Quran

Beruk – telah diceritakan bersama babi tadi, iaitu orang-orang yang dilaknati dan dimurkai Allah dijadikan haiwan yang dua itu.

Ular - disebut sebanyak lima kali di dalam al-Quran. Kesemuanya mengenai tongkat Nabi Musa yang menjadi ular apabila dia melemparnya.

Semut – dalam kisah Nabi Sulaiman yang terdengar semut bercakap untuk masuk ke dalam sarang supaya tentera Nabi Sulaiman tidak memijaknya kerana tidak sedar.

Ikan – Kisah Nabi Yunus ditelan ikan nun. Doa yang sangat mujarab.

kita bersyukur kerana kita masih hidup. kita patut bersyukur kerana dengan hidup ini kita dapat terus melakukan amalan-amalan yang baik. dalam seharian kita hidup tentu sekurang-kurangnya kita melaksanakan tugas yang wajib kita kepada Allah swt sebagai tanda syukur dan taat. apalah kita yang hidup dan menjadi hamba kepada tuan yang paling agung tanpa sedikit pun tanggungjawab dengan tugas yang diberi atau melekakan tugas yang ditetapkan.

bila kita lapar kita cari makanan

bila kita tiada wang,kita cari kerja,

bila kita sakit,kita cari ubat,

tapi bila jiwa kosong kita belum tentu cari pencipta.

kita masih tercari cari, dan terus mencari yang lain darinya sehingga habis usaha kita baru kita cuba dekat lalu meminta padanya.

kenape bukan sekarang. kenapa bukan ketika senang, kenape bukan ketika kenyang. kenape bukan ketika masih kuat.

kisah nabi idris

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan sholat sampai puluhan raka’at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.

“Assalamu’alaikum, yaa Nabi Allah”. Salam Malaikat Izrail,

“Wa’alaikum salam wa rahmatullah”. Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya “menghadap”. Alloh sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan “tamunya” itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.
“Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita”. pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

“Subhanalloh, (Maha Suci Allah)” kata Nabi Idris a.s.

“Kenapa ?” Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

“Buah-buahan ini bukan milik kita”. Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: “Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram”.
Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s.

“Siapakah engkau sebenarnya ?” tanya Nabi Idris a.s.

Aku Malaikat Izrail”. Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

“Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?” selidik Nabi Idris a.s serius.

“Tidak” Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.
“Atas izin Allah, aku sekedar berziarah kepadamu”. Jawab Malaikat Izrail.

“Aku punya keinginan kepadamu”. Tutur Nabi Idris a.s

“Apa itu ? katakanlah !”. Jawab Malaikat Izrail.

“Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku”. Pinta Nabi Idris a.s.
Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya”, tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.
“Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?” Tanya Malaikat Izrail.

“Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti”. Jawab Nabi Idris a.s.

“Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu”. Kata Malaikat Izrail.

MasyaAlloh, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Bersediakah kita untuk menghadapinya

 

Sihir dalam kitab Muqaddimah – Ibnu Khaldun

Ilmu sihir dan tilik adalah suatu ilmu tentang persediaan-persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama ialah sihir dan yang kedua ialah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah menghadap selain dari Allah, seperti bintang dan sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat di dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi Musa a.s seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

Penduduk Babylon dari golongan Rabbani dan kaldani, begitu juga kaum Qibti di Mesir dan lain -lain kaum , ada mempunyai karangan-karangan dan butir-butir mengenai sihir.

Kemudian di Timur lahir pula Jabir bin Haiyan, seorang ahli sihir teragung dalam agama ini (Islam). Ia telah menatap buku-buku mengenainya dan telah menghasilkan amalan ‘Simia‘, iaitu cabang ilmu sihir yang boleh menukarkan jasmani kepada suatu bentuk lain, dan amalan ini dapat dilakukan dengan kekuatan jiwa bukan dengan perbuatan makmal.

Hakikat sihir bergantung kepada jiwa manusia yang walaupun tunggal pada jenisnya tetapi berbeza dari segi keistimewaan-keistimewaannya. Setiap jiwa itu mempunyai satu keistimewaan tertentu yang tidak terdaapt pada jiwa lain.

Jiwa-jiwa yang mempunyai kuasa sihir ada 3 martabat. Martabat yang pertama ialah yang dapat mempengaruhi melalui kemahuan semata-mata tanpa bantuan. Inilah yang dinamakan sihir golongan ahli falsafah. Martabat kedua ialah yang dapat mempengaruhi dengan bantuan dari mizaj, bintang2, elemen2 alam atau angka2 bilangan, ini mereka namakan tilik iaitu yang lebih lemah martabatnya dari yang pertama. Martabat ketiga adalah yang dapat mempengaruhi perasaan yang berkhayal dan bertindak ke atasnya dengan melemparkan kepadanya berjenis-jenis khayalan dan gambaran yang mahu diberikan kemudian membawanya kembali kepada alam nyata, seperti membuat mereka seolah-olah ternampak taman-taman bunga, sungai-sungai dan pohon-pohon sedangkan benda-benda ini tidak ada di depan mereka. Di kalangan ahli falsafah ini dinamakan sebagai khayalan / halusinasi (hallucination).

Kabbalah

Encarta Encyclopedia (2005) menyebut bahawa istilah Kabbalah berasal dari bahasa Ibrani yang memiliki pengertian luas sebagai ilmu kebatinan Yahudi atau Judaism dalam bentuk dan rupa yang amat beragam dan hanya dimengerti oleh sedikit orang.

Berbagai ensiklopedia dan kamus mendefinisikannya sebagai suatu cabang mistik agama Yahudi dan hanya difahami sedikit orang. Menurut definisi ini, Kabbalah mempelajari erti tersembunyi dari Taurat dan naskhah agama Yahudi. Tetapi, ketika kita mengkaji masalah ini lebih dekat, kita menemukan berbagai faktanya adalah sesuatu yang sama sekali berbeza. Fakta-fakta ini membawa kita kepada kesimpulan bahawa Kabbalah adalah suatu sistem yang berakar kepada penyembahan dan pemujaan berhala; bahawa ia ada sebelum Taurat, dan menjadi tersebar luas bersama agama Yahudi setelah Taurat diturunkan.

Fakta yang menarik tentang Kabbalah ini dijelaskan oleh sumber yang sama menariknya. Murat Ozgen, seorangFreemason Turki, menulis sebagai berikut ini di dalam bukunya, Masonluk Nedir ver Nasildir? (Apa dan Seperti Apa Freemasonry Itu?):

 

“Kita tidak mengetahui dengan jelas dari mana Kabbalah datang atau bagaimana ia berkembang. Ia adalah nama umum untuk sebuah falsafah yang unik, berbentuk metafisik, esoterik, dan mistik, yang terutama berhubungan dengan agama Yahudi. Ia diterima sebagai ilmu kebatinan Yahudi, tetapi sebahagian elemen yang dikandungnya menunjukkan bahawa ia terbentuk jauh lebih dahulu dari Taurat.”

Ahli sejarah Prancis, Gougenot des Mousseaux, menjelaskan bahawa Kabbalah memang jauh lebih tua daripada agama Yahudi.

Ahli sejarah Yahudi, Theodore Reinach, mengatakan bahawa Kabbalah merupakan “suatu racun teramat halus yang menyusupi dan memenuhi nadi agama Yahudi.” Solomon Reinach mendefinisikan Kabbalah sebagai “salah satu penyimpangan fikiran manusia yang terburuk”.

Alasan Reinach menyatakan Kabbalah sebagai “salah satu penyimpangan pemikiran manusia yang terburuk” adalah kerana doktrinnya sebahagian besar berhubungan dengan ilmu sihir. Selama ribuan tahun, Kabbalah telah menjadi salah satu batu penemuan bagi setiap jenis upacara sihir. Para rabbi yang mempelajari Kabbalah dipercayai memiliki kekuatan ghaib yang besar. Juga, banyak non-Yahudi yang telah terpengaruh dengan Kabbalah, dan cuba mempraktikkan ilmu sihir dengan menggunakan doktrin-doktrinnya. Kecenderungan esoterik yang terjadi di Eropah selama akhir Abad Pertengahan, khususnya sebagaimana yang dipraktikkan oleh para ahli alkimia, sangat banyak yang berakar dari Kabbalah.

Hal ini sungguh aneh, jika kita memandang Yahudi sebagai sebuah agama Monoteistik, yang diawali dengan turunnya Taurat kepada Musa a.s. Kenyataannya, di dalam agama ini ada sebentuk sistem yang disebut Kabbalah, yang mengadopsi praktik-praktik dasar sihir yang dilarang oleh agama. Hal ini memperkuat apa yang telah disebutkan sebelumnya, dan menunjukkan bahawa Kabbalah sebenarnya merupakan elemen yang menyusup ke dalam agama Yahudi dari luar.

JIka menyebut tentang ilmu sihir, kita mesti kembali kepada sejarah permulaannya dulu. Perkara pertama yang ditulis oleh manusia dahulu pada batu-batu dan sebagainya adalah mengenai SIHIR. Dan adalah dipercayai bahawa para tukang sihir zaman firaun dulu lah yang membentukkan pemujaan dan sihir yang digelar sebagai Kabbalah. Dan menurut sejarawan barat, Kabbalah merupakan kepercayaan inti dari kelompok mistik tertua dunia yang dikenal dengan sebutan ‘Brotherhood of the snake’ (Kelompok persaudaraan ular). Pemerintahan Raja Namrud di Babylon dan Firaun di Mesir berkait rapat dengan kelompok ini.

Di dalam ordo Kabbalah terbahagi kepada 3 pula iaitu ordo hijau, ordo kuning dan ordo putih. Ordo yang paling misteri adalah ordo putih, dan ianya lebih bertumpu kepada misi politik dan kekuasaan. Ordo putih itu jugalah yang membuat kesimpulan bahawa matlamat akhir Kabbalis adalah untuk membentuk ’satu pemerintahan dunia’ (E Pluribus Unum – Unity of the world) dan ‘tata dunia baru’ (Novus Ordo Seclorum – New World Order).

Kemudiannya Ordo Kabbalah ini muncul dalam berbagai bentuk seperti ordo Sion (Order of Sion),Freemason hingga ke Illuminati. Para pengkaji juga menemui bahawa pencetus perang salib adalah dari konspirasi Ordo Sion, yang waktu itu masih merupakan Ordo Kabbalah iaitu oleh Peter Si Pertapa dan Paus Urbanus II yang pidatonya membakar semangat umat Kristian untuk mengakhiri perdamaian antara umat Kristian dan umat Islam.

 

 

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ‘ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya, ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah.. .’ dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ‘ (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..’ (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, ‘Apakah kunci surga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! ‘

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘

Paderi pun berkata, ‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa ..**

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

panduan raya haji

 

Konsep Penentuan Awal Bulan Islam
Dan Hari Kebesaran Islam Di Malaysia

Oleh : Bahagian Falak Syar’ie, Jabatan Mufti Negeri Selangor

1. PENDAHULUAN

Penentuan awal bulan Hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari.

Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadah puasa, hari raya dan hari raya korban.
Berdasarkan pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis dan juga pendapat ulama daripada kitab-kitab muktabar, lahir tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:-

a) Rukyah ( melihat anak bulan ) semata-mata.

b) Hisab Falak semata-mata.

c) Rukyah dan Hisab dengan menggunakan criteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan ( Hilal ).

Wujudnya perbezaan amalan dan cara di atas, adalah daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan.Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan cara penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur rukyah.

Tujuan penulisan ini adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai cara penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah yang di amalkan di Malaysia dan asas-asas yang digunakan dalam melaksanakan kaedah tersebut.

2. DALIL-DALIL SYARAK MENGENAI PENENTUAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN ZULHIJJAH.
Nas Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan panduan menentukan awal bulan atau waktu-waktu terutama dalam melaksanakan ibadat.

a) Firman Allah SW.T Surah Al-Baqarah ayat 189:

Maksudnya:
“Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit.Katakanlah bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi ibadah haji…….”

Hadis Rasulullah S.A.W. diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari:
Maksudnya:

“Berpuasalah kamu kerana melihat Hilal dan berbukalah kamu kerana kamu melihat Hilal.Bila Hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puluh”.

Pendapat Ulama’ Daripada Kitab-kitab Muktabar.
Daripada Kitab Bidayatul Mujtahid dari Juzuk pertama
( muka surat 242-243 ).

Maksudnya:

“Bila Hilal ditutupi awan, maka ia kembali kepada Hisab yang berdasarkan bulan dan matahari, itulah mazhabnya Muttarraf Bin Suhair, beliau termasuk ulama’ besar tabi’in dan Ibnu Suraj bercerita daripada Imam Syafie bahawa Imam Syafie berkata; orang yang mazhabnya itu mengambil pedoman dengan bintang-bintang dan kedudukan bulan kemudian jelas baginya menurut dalil tersebut, bahawa bulan telah boleh dilihat tetapi tertutup oleh awan, maka orang tersebut boleh melaksanakan puasa dan cukuplah baginya”.

Berdasarkan dalil-dalil Al-quran, Hadis dan pendapat ulama’ serta kajian astronomi moden, penyelesaian jalan tengah dengan cara rukyah dan hisab adalah menjadi pilihan untuk diamalkan di Malaysia kerana ia lebih hampir kepada kehendak syarak.

3. FAKTOR PERSELISIHAN

3.1) Punca-punca perselisihan berlaku dari segelintir rakyat Malaysia yang dikenali dengan kumpulan Islah.Golongan tersebut tidak menerima pengisytiharan rasmi Hari Raya Korban Kerajaan Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia pada tahun 2000 dan 2001 Miladiah yang lalu.Golongan tersebut menyambut Hari Raya Korban berdasarkan pengisytiharan Wukuf di Padang Arafah oleh Kerajaan Arab Saudi.

3.2) Perselisihanjuga berlaku kerana terdapat kekeliruan pendapat pada 9 Zulhijjah (Hari Wukuf), sunat berpuasa pada hari tersebut dan ganjaran pahalanya sama dengan setahun beribadah. Kebanyakan rakyat malaysia terkeliru dan tidak mengetahui kaedah dan syarat-syarat penetapan awal bulan Zulhijjah yang digunakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

4. RASIONAL DARI SUDUT MATLAK ( TEMPAT TERBIT ) DI MALAYSIA.

4.1) Kerajaan Arab Saudi menggunakan matlak dengan kaedah rukyah semata-mata, terbuka kepada semua rakyatnya.Sesiapa yang melihat Hilal Zulhijjah boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab atau berkuasa dengan saksi.

Kerajaan Malaysia menetapkan awal bulan Zulhijjah dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah dengan mengambil kira matlak negara-negara MABIMS.Pada 29 Zulkaedah semua tempat cerapan rasmi sebanyak 26 tempat di seluruh Malaysia akan dicerap oleh Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan dengan menggunakan peralatan moden seperti teleskop digital dan teodolit.

4.2) Terdapat perbezaan matlak yang jauh diantara Malaysia dan Arab Saudi. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara ialah lima jam. Oleh itu ketika Hilal dilihat di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut berada pada kedudukan 1.25° lebih tinggi di Matla’ Malaysia.

4.3) Bagi rakyat negara Malaysia yang bermazhab Syafie, mereka perlu memahami bahawa setiap negara di dunia ini mempunyai matla’ atau kawasan lingkungannya sendiri. Oleh itu Malaysia tidak harus mengikut keputusan cerapan hilal yang dilaksanakan oleh Arab Saudi.

5. HUKUM PUASA DAN MAKLUMAT YANG BERKAITAN

Umumnya, masyarakt Islam mengetahui adanya puasa sunat pada hari Arafah. Puasa ini sunat dilakukan oleh mereka yang tidak mengerjakan haji. Pelakunya dijanjikan dengan ganjaran yang besar sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.

Daripada Abi Qatadah yang berbunyi :-
Maksudnya:

Daripada Abi Qatadah bahawa Nabi S.A.W. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Banginda menjawab : Ia menghapuskan dosa yang dikerjakan pada tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.
(Riwayat Muslim)

Sekiranya diteliti, hadis di atas dan dalil yang lain menerangkan kelebihan mereka yang berpuasa pada hari Arafah. Namun demikian, kita perlu mengetahui pada waktu bilakah umat Islam di Malaysia dan Arab Saudi dan juga perbezaan matla’. Kita perlu memilih sama ada berpuasa pada hari Arafah sebenar di Arab Saudi atau mengikut takwin sebenar kita di Malaysia. Hukum berpuasa pada salah satu hari tersebut tetap sah.

Faktor kedudukan geografi dan kesesuaian negara Malaysia menentukan setiap awal bulan Islam dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kreteria Imkanur rukyah adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian. Konsep penentukan awal bulan Islam adalah berdasarkan kaedah jangkaan kenampakan anak bulan atau Imkanur rukyah yang mengikut syarat berikut :-

Ketika matahari terbenam.

a) Ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada 2°

Dan

b) Jarak lengkok matahari tidak kurang 3°

Atau

c) Ketika matahari terbenam umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.

6. ASAS PERTIMBANGAN KEPUTUSAN PERLU DI KEKALKAN.

6.1) Kaedah penetapan Hari Raya Korban mengikut kaedah Hisab dan Rukyah berdasarkan imkanurrukyah sama seperti penetapan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah lebih sesuai untuk diamalkan di Malaysia.

6.2) Bedasarkan keputusan Majlis Raja-Raja Malaysia dan persetujuan Mufti seluruh negeri-negeri di Malaysia bagi penetapan awal Zulhijjah seperti penetapan awal Ramadhan dan awal Syawal dengan melihat anak bulan di tempat rasmi seluruh Malaysia.

6.3) Perbezaan zon masa di antara Malaysia dan Arab Saudi adalah jauh selama (5) lima jam berdasarkan GMT Malaysia (8) lapan jam manakala Arab Saudi (3) tiga jam.

7. PENUTUP

Amalan Umat Islam di Malaysia menetapkan awal Zulhijjah dikekalkan dengan rukyah dan Hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah adalah bertujuan untuk di selaraskan dengan keputusan negara jiran tetangga iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

Keputusan ini perlu dikelalkan untuk tujuan keharmonian bagi sesebuah negara dan tidak perlu mengikut pengisytiharan wukuf Arafah oleh kerajaan Arab Saudi. Hukum ibadah puasa yang dilakukan tiada terjejas dan ia melibatkan perkara sunat yang perlu kepada pemahaman terhadap ibadat tersebut. Semoga dengan risalah kecil ini akan memberi pendedahan kepada masyarakat agar tidak timbul kekeliruan tentang amalan yang digunakan di Malaysia pada masa sekarang dan yang akan datang. Wallahua’lam.

Disediakan oleh:
Bahagian Falak Syarie,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

TIDAK BERMAZHAB ADALAH BID’AH PALING BAHAYA MERUNTUHKAN SYARIAT ISLAM
Oleh Asy-Syeikh Dr. Said Ramadhan al-Buti.

Tajuk asalya Al La mazhabiyyah Akhtarul Bid’atin Tuhaddidu Syari’atil Islam

@ ialah Dr. Said Ramadhan

# ialah seorang lelaki yang menolak fahaman bermazhab

(*dalam kurungan dan senget) ialah keterangan untuk pemahaman saya membaca.

DIALOG

@ Bagaimana cara anda memahami hukum Allah? Apakah anda mengambil terus daripada Al-Kitab dan as Sunnah atau mengambilnya daripada para Imam mujtahid?

# Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid serta dalil-dalilnya , kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Al-kitab dan as Sunnah”.
(*Inilah cara lelaki ini mengeluarkan hukum. Pembaca tolong ingat hal ini)

@ Baiklah , kami ingin bertanya, apakah setiap orang Islam wajib meneliti dalil-dalil yang dikemukakan oleh para Imam mujtahid kemudian mengambil mana yang paling sesuai dengan al Quran dan as Sunnah?

# Ya , benar (semua orang wajib teliti dalil-dali para Imam Mujtahid kemudian pilih mana yang tersesuai dengan al Quran dan Sunnah)

@ Kalau begitu maksudnya semua orang Islam kena memiliki kemampuan berijtihad seperti yang dimiliki para imam mazhab. Bahkan mereka harus mempunya memiliki kemampuan yang lebih sempurna kerana orang-orang yang mampu memutuskan pendapat para imam menurut dasar Al Kitab dan as Sunnah sudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu”.

# Sesungguhnya manusia terbahagi kepada tiga jenis iaitu mujtahid, muqallid dan muttabi;. Orang yang mampu membandingkan mazhab , kemudian menyaring mana yang lebih dekat kepada Al Kitab dan As Sunnah , adalah muttabi’ iaitu pertengahan antara muqallid dengan mujtahid”.
(* Di sini si lelaki tidak menjawab soalan. Pembaca diharap dapat faham permainannya. Di sini fahamlah kita bahawa jawatan dan peranan muttabi’ nampaknya seolah-olah lebih tinggi daripada mujtahid kerana mujtahid sendiri tidak membanding-bandingkan mazhab, menyaring pendapat-pendapat imam mazhab lalu memutuskan pendapat para imam mazhab tersebut. Inilah yang dimaksudkan oleh Syeikh sebagai “sudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu.” )

@ Apakah sebenarnya kewajiban muqallid?
(* Syeikh faham kelonggaran hujah si lelaki lalu Syeikh mengikut saja peralihan yang dibuat oleh si lelaki)

# Taqlid (* mengikut)kepada mujtahid yang sesuai dengannya.

@ Apakah berdosa seandainya taqlid secara terus-menerus kepada seorang imam dan tidak berpindah kepada imam yang lain?

# Memang, hal itu hukumnya haram.
(* Bertaqlid terus kepada seorang imam seperti umat Melayu Nusantara yang sudah ratusan tahun bertaqlid kepada Imam Syafie dihukum haram oleh si lelaki. Rupanya sudah ratusan tahun umat Islam Melayu termasuklah para wali Allah, para ulama dan datuk nenek kita membuat pekerjaan haram)

@ Apakah dalilnya kalau hal itu memang haram?

# Kerana ia menetapi sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah.

@ Dengan qiraat apakah Anda membaca Al Quran?”.

# Dengan Qiraat Hafas.

@ Adakah anda selalu membaca Al Quran dengan Qiraat hafas, atau anda juga membaca Al Quran setiap hari dengan qiraat yang bermacam-macam?

# Tidak, saya selalu membaca Al Quran dengan qiraat Hafas.

@ Mengapa anda menetapi qiraat hafas, padahal Allah Azza wajalla tidak mewajibkan anda kecuali membaca Al Quran menurut riwayat yang diterima dari Nabi s.a.w. secara mutawatir?
(* Si lelaki telah terperangkap! Dia mengatakan haram kepada umat Islam yang berterusan mengikut satu-satu mazhab, tetapi harus pula bagi dirinya berterusan membaca ikut satu-satu qiraat. Nampak jelas hukum-hakamnya mengikut suka hati. Di bawah nanti akan lebih jelas bagimana dengan suka hati saja dia meletakkan/ mengeluarkan hukum dalam hal ehwal Islam)

# Kerana saya tidak sempurna dalam mempelajari qiraat yang lain dan tidak mudah bagi saya untuk membaca Al Quran selain dengan qiraat Hafas.

@ Demikian pula halnya bagi orang yang mempelajari fikih menurut mazhab As syafie . dia tidak cukup sempurna dalam mempelajari mazhab lain dan tidak mudah baginya untuk mempelajari hukum agama selain menurut Imam as Syafie. Kalau anda mewajibkan kepadanya untuk mengetahui ijtihad para imam dan mengambil semuanya, ini bererti anda pun wajib mempelajari semua qiraat dan anda harus membaca semuanya. Kalau anda beralasan tidak mampu, begitu juga halnya dengan si muqallid tadi.
(* Syeikh faham yang si lelaki tak akan sampai ke mana dengan hujah-hujah yang longgar begitu, lalu Syeikh kemukakan soalan lain)

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.