Bulan syawal telah berlalu.
kini bulan Zulkaedah menjelma. bulan haji .musim pergi haji.
Apa khabar orang kampung.
Berapa orang yang pergi haji tahun ni.berapa ramai yang sudah pergi haji pula?. Kalau kita belum lagi terpilih untuk menjadi tetamu Allah lagi,jangan kita risau. cuma sekurang kurangnya kita dah ada perancangan untuk kesana. dah mendaftar ke sana. Dah mula kumpul duit ke sana. memang selalu juga kita dengar ada orang yang pernah dapat menunaikan haij dengan tajaan pihak tertentu. Persoalannya berapa orang kampung Paya Redan yang pernah dapat. kalau pun dah dapat,bukan diberinya setiap tahun untuk orang Paya Redan.
Menunaikan haji bererti kita meneympurnakan rukun islam kita. bayangkan kalau kita sudah mempunyai duit unutk buat rumah dan kita merancang buat rumah. tetapi tiba tiba kewangan mempunyai masalah dan kita tidak mampu menyempurnakan proses buat rumah itu. alangkah malang nasib kita. hendakkah kita duduk rumah yang tidak siap dan sempurna.Pastinya bahaya akan datang dari luar atau dari dalam rumah itu sendiri.
inikan pula kalau kita yang sudah mempunyai kewangan yang baik tetapi kita lebih rela melancong ke tempat yang lebih hebat bagi menyempurnakan kehendak hawa nafsu kita daripada kehendak dan tuntutan Allah SWT.
apa alasan kita?
1. Belum cukup wang.
Berapa banyak duit kita yang telah kita bazirkan untuk membeli pakaian, telefon bimbit yang canggih, kereta yang mahal, rokok yang berkotak kotak, motor yang besar, makan yang ada kelas tersendiri sedangkan kalau duit itu kita simpan sedikit sedikit dan kita buat pendaftaran daripada sekarang,tidakkah masalah duit ini akan selesai atau setidaknya mengurangkan bebanan kita.
2. Muda
Orang muda yang belum berkeinginan untuk mempersiapkan diri bagi menunaikan haji seperti budak yang belum mahu dikhitankan. orang muda yang tidak berazam untuk menunaikan haji kerana muda untuk berseronok dan menganggap hanya orang tua dan orang yang hampir mati sahaja barulah menyempurnakan haji.
TIP.
1. Niat dan azam ke sana
2. Simpan duit dari sekarang dan daftar dimana yang patut. ada orang simpan 50 sen sehari untuk kesana.walau lama, tapi yang penting dan merancang.
3. Doa agar diberikan kekuatan dan iman serta islam yang sempurna. tak tunai haji bermakna belum sempurna islam kita.
4. Selalu baca tentang haji,kota mekah,madinah,sirah nabawiyah agar perasaan kita terus asyik dan terpaut untuk ke sana. persoalannya berapa kali kita dengar atau baca tentang perkara ini. kita lebih dihiburkan dengan tempat menarik di merata dunia kan?
Semoga persoalan ini dapat kita jawab sendiri. selamat beramal.